Isnin, November 18, 2019

Informasi Terkini


4 Oktober 2016

Pencemaran bau telah dikesan di Sg. Semenyih pada 11 malam tadi. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YDP MPKj dan UPEN berada di tapak premis yang disyaki awal pagi tadi.

Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang telah mengenal pasti punca pencemaran di tapak premis bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd di Batu 22 1/4, Jalan Sg Lalang, Semenyih.

Majlis Perbandaran Kajang dan Jabatan Alam Sekitar telah menutup tapak premis tersebut untuk memberhentikan apa-apa aktiviti di sana dan untuk siasatan lanjut.

Kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika tersabit kesalahan di mahkamah undang-undang, denda maksimum RM100 ribu dan/atau 5 tahun penjara akan dikenakan.

Di samping itu, perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna di Selangor.

Tindakan pantas petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor yang telah memantau kawasan ini 24 jam selama 10 hari akhirnya berjaya mengenal pasti punca pencemaran.

Walau bagaimanapun, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup buat kali-4 pada pukul 10 pagi tadi kerana pencemaran bau dan akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau. Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air meliputi Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Pegguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit “mySYABAS” dan www.syabas.com.my

YB Elizabeth Wong
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna.
Kerajaan Negeri Selangor

REGIONAL TECHNICAL ASSISTANCE,(RETA 6470)- MANAGING WATER IN ASIAS RIVER BASIN: CHARTING PROGRESS AND FACILITATING INVESTMENT

Lembaga sebagai agensi pengurusan sumber air negeri atau River Basin Organization, RBO menggunakan pendekatan pengurusan lembangan sungai bersepadu telah menganggotai Networks of Asian River Basin Organization,(NARBO) semenjak tahun 2004. Pelbagai aktiviti dan program bina upaya yang telah dilaksanakan oleh NARBO bagi memastikan pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (Integrated Water Resources Management, IWRM) diperingkat negara Asia.

Lembaga telah menerima jemputan bagi menghadiri program anjuran NARBO dan Asian Development Bank (ADB) pada 19 hingga 20 November bertempat di Oakwood Premier Joy-Nostalg Center Manila, Filipina. Objektif utama pelaksanaan program adalah untuk berkongsi pengalaman dan pencapaian serta hala tuju dalam pengurusan sumber air di Asia. Terdapat beberapa sub-program yang akan diadakan sepanjang tempoh tersebut seperti berikut:

  1. Pembentangan “Regional Technical Assistance,(RETA 6470)” Completion Workshop” yang dibiayai oleh ADB;
  2. Sambutan NARBO 10th Anniversary; dan
  3. NARBO High-Level Panel Workshop   

Selaras dengan itu, Pengarah LUAS telah dijemput sebagai salah seorang Panel dalam sesi Institutionalizing RBO Performance Benchmarking : Lesson Learned” berikutan penglibatan pihak Lembaga dalam program tersebut pada tahun 2013/2014. Terdapat beberapa agensi lain yang turut serta dalam program tersebut iaitu “Mun River Basin Committe, Thailand” dan “Help Davao Network, Philippines. Pihak Lembaga telah berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam pengurusan lembangan sungai daripada pelaksanaan penandarasan (benchmarking) dan juga kaedah replikasi kepada RBO lain di Malaysia. Salah seorang pegawai Lembaga yang juga turut serta ialah Puan Haslina binti Amer yang merupakan Ketua Seksyen Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) berikutan penglibatan beliau bagi penyediaan “Self-Assessment Report” dan juga Program “Peer Review” iaitu bagi tujuan penilaian terhadap pencapaian Lembaga oleh pihak NARBO-ADB sepanjang program “RBO Benchmarking Program” dijalankan pada Disember 2013 hingga Februari 2014.

 

Move
-

Berita

Berita Utama
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2016

Pada 26 - 30 Ogos 2016 yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar 2016 yang melibatkan...

Read More...
MAJLIS PELANCARAN INISIATIF HIJAU

Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau bertempat di Perkarangan Menara MPAJ, Ampang. Seramai...

Read More...
PROGRAM SAHABAT MARITIM 2016

Pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menganjurkan...

Read More...

carian 1akses

1akses

Capaian Pantas

Piagam Pelanggan Prestasi Piagam Pelanggan Maklumbalas / Aduan Webmail LUAS Intranet

Program / Aktiviti

Tiada Program / Atkiviti
Terbitan
Ikuti Kami

Qua-Qua@facebookLUAS@facebookProgramKitarSemulaMinyakMasak@facebookRSS@LUAS

Kaji Selidik
Undian
Undian

Pendapat anda tentang Portal LUAS yang baru, bagaimana anda menilainya?

Sangat Menarik - 83.3%
Memuaskan - 16.7%
Menarik - 0%
Tidak Menarik - 0%

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini32
mod_vvisit_counterSemalam62
mod_vvisit_counterMinggu Ini32
mod_vvisit_counterMinggu Lepas401
mod_vvisit_counterBulan Ini993
mod_vvisit_counterBulan Lepas2087
mod_vvisit_counterKeseluruhan355577

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26