Sabtu, Julai 20, 2019

Informasi Terkini


4 Oktober 2016

Pencemaran bau telah dikesan di Sg. Semenyih pada 11 malam tadi. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YDP MPKj dan UPEN berada di tapak premis yang disyaki awal pagi tadi.

Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang telah mengenal pasti punca pencemaran di tapak premis bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd di Batu 22 1/4, Jalan Sg Lalang, Semenyih.

Majlis Perbandaran Kajang dan Jabatan Alam Sekitar telah menutup tapak premis tersebut untuk memberhentikan apa-apa aktiviti di sana dan untuk siasatan lanjut.

Kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang. Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika tersabit kesalahan di mahkamah undang-undang, denda maksimum RM100 ribu dan/atau 5 tahun penjara akan dikenakan.

Di samping itu, perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna di Selangor.

Tindakan pantas petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor yang telah memantau kawasan ini 24 jam selama 10 hari akhirnya berjaya mengenal pasti punca pencemaran.

Walau bagaimanapun, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup buat kali-4 pada pukul 10 pagi tadi kerana pencemaran bau dan akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau. Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air meliputi Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Pegguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit “mySYABAS” dan www.syabas.com.my

YB Elizabeth Wong
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna.
Kerajaan Negeri Selangor

PROGRAM TANAMAN POKOK BERSEMPENA KONVENSYEN PERUBAHAN IKLIM

Pada 7 November 2015 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menyertai Program Tanaman Pokok Bersempena Konvensyen Perubahan Iklim (CO P21) bertempat di Pusat Kecemerlangan Hutan Paya Gambut, Kompartment 73, Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya . Progam yang diadakan ini selaras dengan inisiatif di peringkat antarabangsa untuk menghijaukan bumi dalam usaha kolektif global bagi menangani perubahan iklim dunia. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Alam Sekitar, Pelancongan, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor.

 

Move
-

Berita

Berita Utama
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2016

Pada 26 - 30 Ogos 2016 yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar 2016 yang melibatkan...

Read More...
MAJLIS PELANCARAN INISIATIF HIJAU

Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau bertempat di Perkarangan Menara MPAJ, Ampang. Seramai...

Read More...
PROGRAM SAHABAT MARITIM 2016

Pada 20 Ogos 2016 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menganjurkan...

Read More...

carian 1akses

1akses

Capaian Pantas

Piagam Pelanggan Prestasi Piagam Pelanggan Maklumbalas / Aduan Webmail LUAS Intranet

Program / Aktiviti

Tiada Program / Atkiviti
Terbitan
Ikuti Kami

Qua-Qua@facebookLUAS@facebookProgramKitarSemulaMinyakMasak@facebookRSS@LUAS

Kaji Selidik
Undian
Undian

Pendapat anda tentang Portal LUAS yang baru, bagaimana anda menilainya?

Sangat Menarik - 83.3%
Memuaskan - 16.7%
Menarik - 0%
Tidak Menarik - 0%

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini32
mod_vvisit_counterSemalam59
mod_vvisit_counterMinggu Ini322
mod_vvisit_counterMinggu Lepas421
mod_vvisit_counterBulan Ini1175
mod_vvisit_counterBulan Lepas1895
mod_vvisit_counterKeseluruhan348273

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26