Rabu, Ogos 21, 2019

TAKLIMAT SKIM PELESENAN DAN CAJ ABSTRAKSI SUMBER AIR DI KAMPUNG SUNGAI RUMPUT

Pada 23 Julai 2016, Unit Abstraksi Air telah mengadakan satu taklimat untuk penduduk di sekitar kampung Sungai Rumput yang bertempat di Jungle Lodge Alang Sedayu, Gombak dengan kerjasama dari ADUN Gombak Setia, Ketua Kampung, wakil pengusaha resort dan agensi-agensi berkaitan. Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan tindakan penyelesaian bagi isu pengabstrakkan air sungai di sekitar Sungai Rumput dan perlaksaan Skim Pelesenan dan Caj Abstraksi Sumber Air di Negeri Selangor. Penerangan adalah termasuk tindakan penguatkuasaan yang akan diambil selaras dengan peruntukan Enakmen LUAS 1999.Seramai lebih 80 orang telah menghadiri taklimat ini yang terdiri dari pengusaha-pengusaha resort,penduduk di Kampung Sungai Rumput dan kawasan sekitar serta wakil-wakil dari jabatan kerajaan yang berkaitan. Dua pembentangan telah diberikan dalam taklimat ini iaitu taklimat pertama bertajuk Pelaksanaan Skim Pelesenan dan Caj Abstraksi Sumber Air di Negeri Selangor yang dibentangkan oleh Puan Harnani Binti Shaharuddin, Unit Abstraksi AIr. Manakala taklimat kedua bertajuk, Perancangan Bekalan Air di Kampung Sungai Rumput pada masa hadapan yang dibentangkan oleh Tuan Haji Kamarul Bahrain Bin Ahmad, Pengurus Besar Syabas Wilayah Gombak.

 

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26