Rabu, Ogos 21, 2019

PROGRAM 'TRAINING ON TRAINERS' QUA-QUA LUAS

Pada 6 Ogos 2016 (Sabtu) yang lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengadakan program ''Training On Trainers' Qua-Qua (Quality & Quantity) LUAS bersama pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.  Seramai 20 orang peserta terlibat dalam program ini. Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan penyertaan masyarakat tentang pentingnya kualiti sumber dipelihara dan dipulihara serta mendidik peserta tentang bagaimana untuk menguji kualiti air sungai dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Selain itu peserta juga diberikan latihan bagaimana untuk menjadi fasilitator untuk program yang akan diadakan nanti.

  

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26