Rabu, Ogos 21, 2019

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR 2016

Pada 26 - 30 Ogos 2016 yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)  dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) telah mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar 2016 yang melibatkan peserta daripada agensi-agensi kerajaan Negeri Selangor bermula pada 26 Ogos 2016 – 30 Ogos 2016. Program yang diadakan di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat ini bertujuan untuk mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar melalui pendekatan memupuk, mendidik dan memberikan pengetahuan serta pengalaman yang berguna kepada penjawat awam mengenai nilai-nilai murni. Seramai 40 orang peserta yang dipilih daripada agensi/jabatan kerajaan Negeri Selangor terlibat di dalam program ini. 

n 1  6609

Dikemaskini Pada : Rabu, 11 Januari 2017 11:26