CERAMAH KEPENTINGAN PENJAGAAN SUMBER AIR

Pada 20 Februari 2013 (Rabu) yang lepas, bertempat di Sek. Men. Keb. Bukit Jelutong, Shah Alam, pihak LUAS telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai kepentingan penjagaan sumber air dan kesedaran terhadap sumber air. Seramai 60 orang pelajar terlibat semasa ceramah diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh En.Ishak Bin Kamaruzaman, Pegawai Penerangan. Ceramah ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan fungsi dan peranan LUAS dalam penjagaan sumber air di Negeri Selangor.