PROGRAM TANAM POKOK BERSAMA PERTUBUHAN SAHABAT ALAM SEKITAR

Pada 14 Jun 2014 yang lepas, pihak LUAS telah dijemput untuk bersama-sama menyertai program penanaman pokok bakau anjuran Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar dan Majlis Daerah Kuala Langat. Program yang diadakan di Pantai Morib, Kuala Langat ini melibatkan 90 orang peserta. Program in bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menanam pokok bakau serta dapat melindungi ekosistem hidupan akuatik di pesisir pantai.