PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

Pada 7 Februari 2015 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor telah menyertai Program Gotong-Royong Perdana anjuran Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Syarikat Emery Sdn. Bhd. bertempat di Telok Panglima Garang, Banting. Seramai 8 orang peserta daripada pihak LUAS telah menyertai program ini. Program ini bertujuan membersihkan kawasan setempat dan turut diadakan penanaman pokok di sekitar kawasan tersebut.