PROGRAM KESEDARAN PEMBERSIHAN PENGKALAN NELAYAN SG. SEMBILANG, KUALA SELANGOR

Pada 7 Mac 2015 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah menganjurkan Program Pembersihan Pengkalan Nelayan Sg. Sembilang, Kuala Selangor. Program ini bertujuan untuk mendidik komuniti setempat khususnya nelayan-nelayan tempatan mengenai kepentingan memelihara ekosistem sungai dan pantai agar tidak terus dicemari dengan sampah sarap, tumpahan minyak dan sisa kumbahan. Program pembersihan pengkalan nelayan ini turut termasuk di dalam Pelan Strategi ICM bagi Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam (di bawah Polisi 1 - Pencemaran Air dan Polisi 3 - Sisa Pepejal).