MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015

Pada 20 Mei 2015 yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 bertempat di Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre. Majilis ini diadakan bagi menghargai kakitangan Lembaga yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan cemerlang pada tahun 2014. Seramai 8 orang kakitangan Lembaga telah menerima anugerah tersebut. Anugerah ini telah disampaikan oleh Y.A.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor. Pada masa yang sama juga turut diadakan penyerahan sijil MS ISO 9001:2008 & MS 1900:2014 oleh Pn. Khalidah Binti Mustafa, Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. kepada Tn. Hj. Md Khairi Bin Selamat, Pengarah LUAS.