PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR

Pada 8 Ogos 2015 (Sabtu) yang lepas, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena minggu kesedaran alam sekitar Sekolah Sri Bestari, Damansara. Seramai 5 orang wakil LUAS telah hadir untuk menyertai pameran tersebut. Program ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada peserta yang hadir mengenai kepentingan penjagaan sumber air di Negeri Selangor.