MAJLIS PELANCARAN INISIATIF HIJAU

Pada 30 Ogos 2016 (Selasa) yang lepas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah dijemput untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau bertempat di Perkarangan Menara MPAJ, Ampang. Seramai 4 orang pegawai daripada pihak LUAS menyertai program ini. Pihak LUAS telah membuka 'booth' pameran yang memberikan maklumat mengenai kepentingan penjagaan sumber air di Negeri Selangor.