KARNIVAL SUNGAI PENCALA SEMPENA SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2012 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Pada 15 September 2012 (Sabtu) yang lepas, telah diadakan Karnival Sungai Penchala Sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia 2012 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Pusat Informasi Sungai Penchala, Taman Desaria, Petaling Jaya. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Pihak LUAS dan beberapa agensi lain telah dijemput untuk mengadakan pameran. Program ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan sumber air di Negeri Selangor.