CERAMAH KEPENTINGAN PENJAGAAN SUMBER AIR

Pada 1 Oktober 2012 (Isnin) yang lepas, bertempat di Sek. Keb. Sinaran Budi, Rawang, pihak LUAS telah dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai kepentingan penjagaan sumber air dan kesedaran terhadap sumber air. Seramai 400 orang pelajar terlibat semasa ceramah diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh En. Mazlan Bin Idrus, Pegawai Kawalan Alam Sekitar seterusnya melancarkan Program Pemuliharaan Sumber Air Melalui Kitar Semula Sisa Minyak Masak. Ceramah ini juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan fungsi dan peranan LUAS dalam penjagaan sumber air di Negeri Selangor.