Loader
Print

BAYARAN KINI LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY!

BAYARAN KINI LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY!

PlusBaca Lagi

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020   Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan di dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) (Pindaan) 2020. Pindaan kepada peraturan-peraturan adalah kepada Peraturan 8(6) iaitu ‘jika suatu permohonan bagi pembaharuan dibuat selepas habis tempoh lesen, Pengarah boleh enggan memperbaharui lesen atau boleh memperbaharui tertakluk kepada pengenaan fi lewat tidak melebihi sepuluh ringgit bagi setiap hari kelewatan’. Perhatian dan kerjasama semua pihak terutama kepada pemegang lesen dan kebenaran bertulis daripada LUAS berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

PlusBaca Lagi
LUAS Dataset
About LUAS
About LUAS

TENTANG LUAS

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

PlusBaca Lagi

PERKHIDMATAN LUAS

BERITA

LUAS

SESI ROUNDTABLE BERSAMA PAKAR BERKENAAN DASAR PELEPASAN SIFAR DI NEGERI SELANGOR

Inisiatif pengawalan pencemaran daripada sumber melalui Dasar Pelepasan Sifar (Zero Discharge Policy) perlu dilaksanakan di Negeri Selangor bagi meningkatkan kualiti air sungai dan ekosistem persekitarannya dan seterusnya mengurangkan impak negatif dari sebarang aktiviti yang menghasilkan air sisa. LUAS komited bagi memastikan sumber air di Negeri Selangor sentiasa terpelihara dan terpulihara. 

LUAS

SESI LEGAL UPDATE - SIRI 1

LUAS menjalankan Sesi Legal Update – Siri 1 bagi memberi pendedahan terkini berkenaan tatacara pengeluaran kompaun kepada pegawai-pegawai LUAS selaras dengan pindaan Peraturan Pengkompaunan Keselahan LUAS 2021 bagi kesalahan yang mendapat kelulusan izin secara pukal (blanket consent) daripada timbalan pendakwa raya.

LUAS

LAWATAN KERJA DARI SYARIKAT AIR JOHOR SDN BHD (SAJSB) KE LUAS

LUAS menyantuni lawatan kerja dari Syarikat Air Johor Sdn Bhd (SAJSB) yang diketuai Tuan Abdul Malik bin Hj Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif SAJSB.Antara agenda pertemuan tersebut adalah untuk mengenali dan mempelajari pengurusan dan operasi LUAS berkaitan sumber air mentah di Negeri Selangor. Kunjungan ini secara tidak langsung mampu mengeratkan lagi hubungan dua hala antara LUAS dan SAJSB serta memberi manfaat kepada semua.Semoga pengkongsian maklumat dan penerangan yang diberikan oleh LUAS dapat memberikan nilai tambah kepada pihak SAJSB dalam pengurusan air di Johor. 

LUAS

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014

LUAS telah menjalankan audit pemantauan MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 selama 2 hari pada 7-8/3/2022 bertempat di ibu pejabat LUAS. SIRIM QAS yang menjalankan auditan telah mengesyorkan pensijilan LUAS diteruskan. Tahniah diucapkan kepada kakitangan LUAS yang sentiasa komited dan konsisten dalam mematuhi standard MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014.

Loader

MAKLUM BALAS

PENGIKTIRAFAN

SIRIMCERTIFIED TO MS ISO 9001:2015CERT. NO. : QMS 02863
SIRIMCERTIFIED TO MS 9001:2014CERT. NO. : QMS-i 00125

TENDER & SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service

FOLLOW US

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram