Loader
Print
LUAS Dataset

Tentang LUAS

Published at :
Modified at : 2022-05-17
Jumlah pelawat : 1637

VISI & MISI

Vission

VISI

Menjadi organisasi pengurusan sumber air bersepadu yang unggul bagi menyokong wawasan Negeri Selangor

Slogan

SLOGAN

Air Untuk Semua

Mission

MISI

Mengurus sumber air Negeri Selangor secara holistik ke arah kesejahteraan sejagat

Tentang LUAS

LUAS

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.

Ahli Lembaga Pengarah LUAS dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Pengerusi dan Pengarah LUAS sendiri sebagai Setiausaha. Manakala ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain terdiri daripada Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta 5 orang yang dilantik berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang pengurusan sumber air.

LUAS adalah sebuah agensi pengurusan sumber air Negeri Selangor yang juga merupakan agensi ulung dan perintis kepada pengurusan sumber air negeri. Dengan adanya Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, LUAS dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan untuk melaksanakan tanggungjawab serta fungsinya dengan berkesan.

LUAS dipertanggungjawab untuk memastikan sumber air negeri, termasuk lembangan sungai, air bumi dan permukaan, tasik, kolam dan bekas lombong, serta pesisiran pantai Negeri Selangor supaya sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara. Fungsi dan tanggungjawab ini dilaksanakan oleh LUAS melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan juga pendekatan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM).

Objektif Penubuhan

Memastikan Sumber Air, Lembangan Sungai, Perairan Pantai dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju.

Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguatkuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air.

Mewujudkan suasana yang menggalakkan penyertaan sektor awam dan swasta dalam pengurusan sumber air dengan mengambilkira kepentingan awam dan Kerajaan Negeri serta menanamkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya sumber air dipelihara.

Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguatkuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air.

Logo Rasmi
Logo

Biru

Menggambarkan warna air yang kebiruan, syahdu, hidup dan bersih. Ia terbahagi kepada 3 bahagian jalur beralun di mana bahagian atas menggambarkan badan air daratan yang terdiri daripada air sungai, kolam, tasik, empangan, dan tanah lembap. Bahagian jalur di tengah menggambarkan badan air bumi (air tanah), dan bahagian jalur di bawah menggambarkan air perairan pantai (air pantai).

Kuning (atas)

Menggambarkan warna air yang kebiruan, syahdu, hidup dan bersih. Ia terbahagi kepada 3 bahagian jalur beralun di mana bahagian atas menggambarkan badan air daratan yang terdiri daripada air sungai, kolam, tasik, empangan, dan tanah lembap. Bahagian jalur di tengah menggambarkan badan air bumi (air bawah tanah), dan bahagian jalur di bawah menggambarkan air perairan pantai (air pantai).

Kuning (bawah)

Menggambarkan tanah di kawasan tadahan yang terpelihara dengan baik. Pengubahsuaian bentuk muka bumi, teresan, guna tanah dan penanaman tumbuhannya dijalankan dengan sempurna supaya serasi dengan persekitaran sumber air, mesra alam dan menyumbang kepada pembiakan semula jadi flora dan faunanya..

Garis Biru Gelap

Mencerminkan skop pengurusan yang mantap, cekap dan mampan.

Lagu Rasmi

Lembaga Urus Air Selangor
Memacu Misi Air Negara
Mengurus Lembangan Sungai Dan Air
Secara Mampan Dan Sejahtera

Lembaga Urus Air Selangor
Cekap Efisien Berkualiti
Itulah Janji Dan Aspirasi
Kecemerlangan Budaya Dihayati

Lembaga Urus Air Selangor
Ke Arah Badan Terunggul
Mengawal Alam Sekitar Air
Sempurna Dan Terpelihara

Lembaga Urus Air Selangor
Memberi Khidmat Yang Syumul
Berusaha Dengan Penuh Luhur
Meneraju Wawasan Negara

Lembaga Urus Air Selangor

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram