Sidebar

29
Sat, Feb

KEMALANGAN DI KM 429 LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Dimaklumkan berlaku kemalangan sekitar jam 12 tengah malam tadi di KM 429 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang melibatkan sebuah lori tangki muatan minyak soya 42 tan dilanggar oleh sebuah lori kontena. Kemalangan tersebut menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki lori tersebut dan sekitar 40 tan minyak telah tumpah dan mengalir masuk ke dalam longkang berhampiran. Pihak LUAS sedang mengambil tindakan bermula pada jam 6 pagi tadi untuk menghalang minyak yang tumpah tersebut daripada terus mengalir ke sungai berdekatan iaitu Sg. Guntong. Kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan segera dengan bantuan pihak PLUS.

PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN

Tahniah diucapkan kepada En Nor Zamri Bin Sondor ,Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Lembaga Urus Air Selangor kerana telah dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah Kelas Keempat, Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) sempena dengan Hari Keputeraan Yang Ke-72 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan Selangor pada 11 Disember 2017.

 

Semoga pengurniaan Darjah Kebesaran ini menjadikan pemangkin semangat kepada beliau serta warga Lembaga untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negeri Selangor.

 

WhatsApp Image 2017 12 13 at 17.28.15

LPA SUNGAI SELISIK HENTI OPERASI

Dimaklumkan LPA Sungai Selisik telah menghentikan operasi akibat daripada paras ammonia meningkat di dalam sungai pada jam 4.30 pagi tadi. LUAS dan pihak-pihak yang terlibat sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca tersebut dan akan mengambil tindakan yang berkaitan dengan kadar segera.

makluman 3

Dimaklumkan terdapat sedikit masalah teknikal bagi pautan status kapasiti empangan di portal LUAS. Maklumat berkenaan boleh didapati diwww.iwrims.luas.gov.my   baru.gif

makluman2

Dimaklumkan terdapat sedikit masalah teknikal bagi pautan status kapasiti empangan di portal LUAS. Maklumat berkenaan boleh didapati diwww.iwrims.luas.gov.my   baru.gif

More Articles ...


Warning: session_write_close(): write failed: No space left on device (28) in /var/www/html/v3/libraries/joomla/session/handler/native.php on line 192

Warning: session_write_close(): Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session) in /var/www/html/v3/libraries/joomla/session/handler/native.php on line 192