Sidebar

PROGRAM PENANAMAN POKOK BERSAMA DATO' PENGARAH LUAS DI OFF RIVER STORAGE (ORS) KAMPUNG HANG TUAH, BESTARI JAYA

Alat
Tipografi

Pada 17 Ogos 2018 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengadakan Program Penanaman Pokok Bersama Pengarah LUAS iaitu Dato' Ir. Hashim bin Osman di Off River Storage (ORS), Bestari Jaya. ORS Kampung Hang Tuah ini telah dijadikan sebagai Tapak Pendidikan, Latihan Sukan Air dan Rekreasi Sumber Air Negeri Selangor secara rasmi pada 21 Februari 2018 yang lalu. Selaras dengan pembangunan di kawasan ini, penanaman pokok merupakan salah satu ikhtiar dari Lembaga dalam meningkatkan imej ORS Kampung Hang Tuah sebagai satu tarikan baru kepada masyarakat setempat. Semua kakitangan Lembaga terlibat dalam menanam sebanyak 500 anak pokok di kawasan tersebut. Jenis anak pokok yang di tanam adalah Pokok Gaharu atau nama lainnya, Agarwood. Salah satu tujuan utama program ini adalah untuk meluangkan masa dan mengeratkan silaturrahim serta mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Disamping meningkatkan imej, keperluan menanam lebih banyak pokok memberi manfaat dalam mengurangkan kesan cuaca panas dan kering yang melanda negara pada masa ini.

WhatsApp Image 2018 08 20 at 11.55.29 AM