Sidebar

19
Sab, Okt

Kerja-Kerja Pengukuran Isipadu Dan Profil Kolam Alternatif ORS, Bestari Jaya

  • Kerja-kerja pengukuran isipadu dan profil kolam alternatif ORS Bestari Jaya diketuai oleh Encik Fikri dari Unit Projek. Antara unit yang terlibat adalah Unit Hidrologi, Unit Teknologi Maklumat, Unit Kawalan Badan Air dan Unit Penguatkuasaan.
  • Kerja-kerja pengukuran kolam ialah menjalankan pengukuran isipadu dan profil kolam-kolam alternatif menggunakan peralatan discharge measurement dan moving boat.
  • Kerja pengukuran kolam telah dijalankan bermula dari 8 Mei 2019 di Kolam Alternatif Hang Tuah 1.
  • Kolam alternatif Hang Tuah adalah tempat kerja-kerja pengukuran isipadu dan profil, ianya dilakukan secara berperingkat dari kolam Hang Tuah 1, Kolam Hang Tuah 2, Kolam Hang Tuah 3, Kolam Hang Tuah 4, Kolam Hang Tuah 5 dan Kolam Hang Tuah 6.
  • Kerja-kerja pengukuran kolam dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti isipadu dan profil di setiap kolam. Ianya untuk mendapatkan anggaran kapasiti simpanan air bagi menampung keperluan di sungai Selangor. Data ini juga adalah amat penting untuk mengetahui keupayaan sumber air yang boleh digunakan semasa musim kering.
  • Kerja-kerja pengukuran kolam dilakukan menggunakan alat-alat seperti berikut:

-         Measurement discharge

-         Moving boat

-         Tali nylon

-         Kayu 1x2 inci

-         Tukul besi

-         Spray cat

-         Sarung tangan

-         Pita ukur

-         Jaket keselamatan

-         Bot

-         Enjin bot

-         Pendayung

-         Komputer riba

 

12

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5

4

 

Bengkel Pengurusan Teknikal Laman Web/Portal LUAS 2019

Pada 26 Ogos 2019, Lembaga telah mengadakan Bengkel Pengurusan Teknikal Laman Web/Portal LUAS 2019 yang melibatkan seramai 20 orang ahli jawatankuasa portal Lembaga. Bengkel ini diadakan di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, PPAS. Bengkel ini bertujuan bagi melengkapkan maklumat yang perlu dimuatnaik ke laman portal unuk rujukan pengguna awam. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada kakitangan yang terlibat kerana memberi kerjasama dan berusaha menyiapkan tugas yang diberikan.

WhatsApp Image 2019 08 26 at 2.39.26 PM

WhatsApp Image 2019 08 26 at 2.39.27 PM 1

WhatsApp Image 2019 08 26 at 2.39.27 PM

WhatsApp Image 2019 08 26 at 2.39.28 PM

Lawatan Kerja Ke Sistem Telemetri Hidrolgi Curahan Hujan Dan Aras Air Di Sungai Kuah Dan Langkawi UNESCO Global Geopark, Langkawi

OBJEKTIF LAWATAN

  • SISTEM TELEMETRI HIDROLOGI CURAHAN HUJAN DAN ARAS AIR DI SUNGAI KUAH
  1. Memahami dengan lebih mendalam berkenaan operasi stesen telemetri di Pulau Langkawi dan kaedah keselamatan yang dicadangkan;
  2. Memberi pemahaman kepada peserta yang hadir terutamanya aspek pengurusan sistem dan kaedah penyelenggaraan yang sesuai;
  3. Perkongsian  maklumat dan pendedahan kepada kakitangan teknikal yang terlibat dalam pengurusan zon perlindungan dilembangan sungai dan pengurusan pantai di Langkawi;
  4. Untuk berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh pihak JPS Negeri Kedah dalam pelaksanaan dan penyeliaan stesen berkenaan;
  5. Meningkatkan semangat jati diri kepada peserta dalam menjalankan tugas seharian dengan pendedahan yang diberikan dalam lawatan ini; dan
  6. Untuk menjadikan kerjasama antara agensi organisasi dengan lebih erat serta berkongsi pendapat terutama bidang berkaitan pengurusan sumber air dan pesisiran pantai di antara Negeri Selangor dan Pulau Langkawi.
  • LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK DAN PUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI
  1. Memahami pengurusan tapak Unesco yang diselia oleh pihak LADA;
  2. Pengurusan dan selenggaraan tapak geopark meliputi gugusan 99 buah pulau;
  3. Memahami jenis batuan geologi  dan biodiversiti unik dan unggul di sekitar tapak yang digazetkan UNESCO;
  4. Memahami dan menilai warisan yang terdapat di sekitar tapak Unesco;
  5. Melihat dan mengkaji geomorfologi landskap karst, gua, gerbang laut (sea-arches), tunggul laut (sea-stacks), fosil, batu jatuh glasiar (glacial dropstones), air terjun, taman laut dan sebagainya;
  6. Mendapatkan maklumat daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkaitan langkah konservasi  yang dilaksanakan dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar EMP bagi kawalan aktiviti-aktiviti ditapak Geopark;
  7. Memahami kaedah pengurusan dan kawalan oleh pihak LADA dari segi rekreasi di kawasan sungai dan perairan pantai termasuklah caj- caj berkaitan, jeti pelancongan, perikanan, hotel, chalet dan rumah peranginan.

 

untitled 2 thumb

Program Ibadah Qurban LUAS 2019

Pada 14 Ogos 2019, Kelab Sukan dan Kebajikan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah menganjurkan Program Ibadah Qurban yang bertempat di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16 Shah Alam yang disertai oleh kakitangan LUAS. Sebanyak 2 ekor lembu qurban yang diagihkan pada hari tersebut. Lembaga juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan dan terima kasih kepada AJK masjid yang turut membantu melancarkan program.

 

67889744 2569393699821263 7183371603294552064 n

67902262 2569393623154604 340818329386090496 n

68261025 2569394429821190 8699356417238237184 n

68742381 2569395163154450 7619509683774029824 n

Program Sambutan World Landscape Architecture Month 2019

Pada 06 April 2019, Lembaga telah menyertai pameran di Program Sambutan World Landscape Architecture Month 2019 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor yang bertempat di Taman Awam Jenjarum, Bukit Beruntung. Tema pada kali ini adalah, “Landskap Lestari, Komuniti Bestari”. Jemputan yang hadir adalah, Hajah Rotina binti Mohd Daik, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara yang merupakan perasmi, YDP MDHS, Orang Besar Daerah, Ahli Parlimen KKB dan ADUN Batang Kali.

Untuk makluman, objektif Booth Pameran LUAS antaranya ialah;

1. Mempromosikan ORS dalam Program Pembangunan Tapak Pendidikan, Sukan Air, Latihan dan Rekreasi Sumber Air Negeri Selangor
2. Mengenalpasti Persatuan Penduduk yang berminat untuk pembangunan lestari sumber air.
3. Memberi pendedahan berkenaan fungsi ORS
4. Memberi pendedahan berkenaan fungsi LUAS dan perkhidmatan yang dipertangungjawabkan
5. Mempromosikan kerjasama dengan MDKS, Rotary, Pejabat Penghulu, Komuniti Bestari Jaya, Majlis Sukan Negeri, Persatuan Kanu dan lain-lain
6. Menangangkat kemahiran TVET oleh IPT - Pembinaan kerusi batu
7. Menerangkan konsep untuk pembangunan ekonomi komuniti
8. Penerangan tentang aktiviti yang telah dilaksanakan dan pencapaian SMART ORS
9. Memberi latihan dan pendedahan kepada Kakitangan Unit Projek

Lembaga juga telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan gubahan booth pameran. Diharap, dengan penglibatan Lembaga di dalam acara seperti ini dapat memberi impak kepada masyarakat dalam pengetahuan umum tentang LUAS dan fungsinya.

 

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.43 AM

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.43 AM 1

WhatsApp Image 2019 05 23 at 9.38.45 AM

Lebih banyak artikel..