Sidebar

Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Dihoskan oleh LUAS

Alat
Tipografi

Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang dihoskan oleh LUAS buat pertama kalinya selepas 20 tahun ditubuhkan telah diadakan pada 25 Mac 2019 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ianya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bersama dif-dif kehormat YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YB Tuan Speaker Dewan Negeri Selangor. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah menyampaikan amanat-amanat beliau kepada penjawat awam Negeri Selangor sempena sambutan Hari Air Sedunia 2019 dan melancarkan LUAS Intelligent Support System (LiSS).

Sambutan Hari Air Sedunia 2019 bertemakan Air untuk Semua pada tahun ini adalah selari dengan slogan LUAS yang memberi maksud dan kesedaran bahawa air adalah hak dan keperluan semua termasuk manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar. Justeru ianya perlu dipelihara dan diuruskan dengan baik agar dapat memenuhi keperluan setiap sektor.

Di dalam masa yang sama, LiSS dilancarkan secara rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang mana melalui sistem ini, analisa data ramalan sumber air boleh dilakukan dengan mengambil kira faktor-faktor sumber air sedia ada seperti paras sungai, kadar hujan dan kapasiti empangan agar penggunaan sumber air dapat dimanfaatkan dan dioptimakan. Dengan adanya LiSS ini sumber air dapat dielakkan daripada pembaziran.

Program ini memberi kesedaran kepada penjawat-penjawat awam Negeri Selangor tentang peranan dan fungsi setiap jabatan yang berbeza di dalam menguruskan sumber air negeri kerana kelestarian sumber air negeri adalah kunci kepada kesinambungan bekalan air rakyat Negeri Selangor.

 

                                   DSC04827              DSC04850