Sidebar

21
Sab, Sep

Lawatan Kerja Ke Sistem Telemetri Hidrolgi Curahan Hujan Dan Aras Air Di Sungai Kuah Dan Langkawi UNESCO Global Geopark, Langkawi

Alat
Tipografi

OBJEKTIF LAWATAN

  • SISTEM TELEMETRI HIDROLOGI CURAHAN HUJAN DAN ARAS AIR DI SUNGAI KUAH
  1. Memahami dengan lebih mendalam berkenaan operasi stesen telemetri di Pulau Langkawi dan kaedah keselamatan yang dicadangkan;
  2. Memberi pemahaman kepada peserta yang hadir terutamanya aspek pengurusan sistem dan kaedah penyelenggaraan yang sesuai;
  3. Perkongsian  maklumat dan pendedahan kepada kakitangan teknikal yang terlibat dalam pengurusan zon perlindungan dilembangan sungai dan pengurusan pantai di Langkawi;
  4. Untuk berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi oleh pihak JPS Negeri Kedah dalam pelaksanaan dan penyeliaan stesen berkenaan;
  5. Meningkatkan semangat jati diri kepada peserta dalam menjalankan tugas seharian dengan pendedahan yang diberikan dalam lawatan ini; dan
  6. Untuk menjadikan kerjasama antara agensi organisasi dengan lebih erat serta berkongsi pendapat terutama bidang berkaitan pengurusan sumber air dan pesisiran pantai di antara Negeri Selangor dan Pulau Langkawi.
  • LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK DAN PUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI
  1. Memahami pengurusan tapak Unesco yang diselia oleh pihak LADA;
  2. Pengurusan dan selenggaraan tapak geopark meliputi gugusan 99 buah pulau;
  3. Memahami jenis batuan geologi  dan biodiversiti unik dan unggul di sekitar tapak yang digazetkan UNESCO;
  4. Memahami dan menilai warisan yang terdapat di sekitar tapak Unesco;
  5. Melihat dan mengkaji geomorfologi landskap karst, gua, gerbang laut (sea-arches), tunggul laut (sea-stacks), fosil, batu jatuh glasiar (glacial dropstones), air terjun, taman laut dan sebagainya;
  6. Mendapatkan maklumat daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkaitan langkah konservasi  yang dilaksanakan dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar EMP bagi kawalan aktiviti-aktiviti ditapak Geopark;
  7. Memahami kaedah pengurusan dan kawalan oleh pihak LADA dari segi rekreasi di kawasan sungai dan perairan pantai termasuklah caj- caj berkaitan, jeti pelancongan, perikanan, hotel, chalet dan rumah peranginan.

 

untitled 2 thumb