Sidebar

16
Isn, Dis
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Abstraksi Sumber Air

Alat
Tipografi

Pengenalan

Penggunaan dan pengambilan air dari mana-mana sumber yang terdapat pada permukaan tanah atau bawah tanah (air bumi).

     ‘air bumi’ ertinya air bawah permukaan yang terdapat di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologic dan termasuklah :

  1. Sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke dalam strata bawah tanah, termasuklah mana-mana adit atau saluran yang dibina berhubung dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi menyenangkan pengumpulan iar di dalam telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu ;
  2. Mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah dimana paras air dalam penggalian itu bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya kepada air yang memasukinya daripada strata itu ; dan
  3. Mana-mana air bumi yang ditetapkan.

 

Peranan LUAS

1. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui kerajaan negeri Selangor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan sumber air dibawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 ;

Menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan atau subpermukaan tanah.Seksyen 41(1)

2. Memandangkan LUAS dipertanggungjawabkan dalam kawalan ke atas penggunaan sumber air, maka ;

Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali  dengan kelulusan LUAS, mengganggu aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air kecuali dengan jumlah tertentu yang telah dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa.Seksyen 41(2)

3. Kawalan ke atas penggunaan sumber air dibuat melalui ;

Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana- mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang  berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang   lesen serta aktiviti-aktiviti mereka. Seksyen 6(1)(n) Mengenakan caj ke atas penggunaan air atau mana-mana sumber lain daripada mana-mana sumber air termasuk tetapi tidak terhad kepada abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air itu atau sumber lain.Seksyen 44(1)(a)

4. Jika didapati ;

Mana-mana orang yang, tanpa kelulusan dari LUAS mengeluar, menggunakan atau melencongkan air atau sumber air yang lain adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.Seksyen 107

Punca Kuasa

Seksyen 41

41. (1) LUAS hendaklah menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas penggunaan dan aliran air dalam mana-mana sumber air dan sama ada berlaku secara semulajadi atas permukaan atau subpermukaan tanah.

41. (2) Tiada seseorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali dengan kelulusan LUAS, mengganggu aliran semulajadi air dalam mana-mana sumber air atau mengambil atau mengguna air daripada mana-mana sumber air kecuali dengan jumlah tertentu yang telah dibenarkan oleh LUAS dari semasa ke semasa.

Seksyen 6(1)(n)

Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh Lembaga kepada mana- mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka.

Seksyen 44(1)(a)

Mengenakan caj ke atas penggunaan air atau mana-mana sumber lain daripada mana-mana sumber air termasuk tetapi tidak terhad kepada abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air itu atau sumber lain

Fi dan Caj

Fi Pelesenan

  • Fi Pendaftaran = RM150 (sekali sahaja)
  • Fi Lesen = RM200 (setiap tahun

Caj Abstraksi

Komersial : RM 0.05/m3

Bekalan Air : Rm 0.01/m3

Bayaran Fi Lesen dan caj abstraksi air bumi boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek berpalang atas nama ‘LEMBAGA URUS AIR SELANGOR’

 

 
Permohonan Lesen Abstraksi Sumber Air

1. Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Bumi

1.1. Bagi Menggali Telaga

1.1.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Kebenaran Menggali Telaga [U11-L5-001-00](2 Salinan)

1.1.2. Melengkapkan Borang Permohonan Menggali Telaga [ U11-F4-001-00](2 Salinan)

1.1.3. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu telaga.

1.2. Bagi Telaga Baharu

1.2.1. Melengkapkan Senarai Semak

Permohonan Baru Lesen Abstraksi Air Bumi. [U11-L5-002-00] (2 Salinan)

1.2.2. Melengkapkan Borang Permohonan Baharu Lesen Abstraksi Air Bumi [U11-F4-002-00](2 Salinan)

1.2.3. Melengkapkan Borang Reka Bentuk Telaga - [U11-F4-002A-00] (2 Salinan)

1.2.4. Melengkapkan Borang Langkah Pengepaman [U11-F4-002B-00] (2 Salinan)

1.2.5. Melengkapkan Borang Rekod Luahan Tetap [U11-F4-002C-00] (2 Salinan)

1.2.6. Melengkapkan Borang Rekod Ujian Pemulihan [U11-F4-002D-00](2 Salinan)

1.3. Bagi Telaga Pembaharuan

a) Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Bumi [U11-L5 -003-00](2 Salinan)

b) Melengkapkan Borang Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Bumi.[U11-F4 -003-00] (2 Salinan)

c) Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu telaga. (Jika permohonan pembaharuan dihantar selepas lesen tamat tempoh)

1.4. Penutupan Telaga

a) Setiap telaga yang ingin ditutup atau dikambus semula perlu merujuk kepada pihak LUAS.

b) Kaedah penutupan telaga perlu mengikut Prosedur Penutupan Telaga di bawah Enakmen LUAS 1999 [U011-M3-003-00]

2. Prosedur Permohonan Lesen Abstraksi Air Permukaan.

2.1. Lesen Baharu Abstraksi Air Permukaan:

2.1.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Baharu Lesen Abstraksi Air

Permukaan. [U11-L5-002-00] (2 Salinan)

2.1.2. Melengkapkan Borang Permohonan Lesen Abstraksi Air Permukaan [U11-F4-004-00](2 Salinan)

2.1.3. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu titik pengambilan.

2.2. Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Permukaan.

2.2.1. Melengkapkan Senarai Semak Permohonan Pembaharuan Lesen Abstraksi Air Permukaan. [U11-L5-005-00] (2 Salinan)

2.2.2. Memaklumkan kepada Luas melalui surat rasmi dan melengkapkan borang berikut dalam tempoh tiga bulan sebelum lesen tamat tempoh;

i. Melengkapkan Borang Permohonan Kebenaran Abstraksi Air Permukaan [U11-F4-005-00] (2Salinan)

ii. Mengemukakan bayaran Fi Pendaftaran berjumlah Ringgit Malaysia satu ratus lima puluh sahaja (RM150) untuk satu titik pengambilan. (Sekiranya permohonan pembaharuan dihantar selepas tamat tempoh)

2.3. Penutupan Air Permukaan (muka sauk)

a) Setiap muka sauk yang ingin ditutup perlu merujuk kepada pihak LUAS.

b) Kaedah penutupan muka sauk perlu mengikut Prosedur Penutupan Telaga di bawah Enakmen LUAS 1999 [U011-M3-006-00]

3. Pemasangan Alat Pengukuran

3.1. Speksifikasi untuk pemasangan meter abstraksi sumber air adalah seperti berikut:

a) Meter yang dipasang hendaklah mempunyai akriditasi daripada SIRIM Berhad.

b) Saiz meter hendaklah bersesuaian dengan jumlah abstraksi air.Nombor siri meter mesti jelas.

c) Lokasi pemasangan meter hendaklah tidak melebihi 2 meter daripada jarak telaga / mukasauk ataupun mana-mana jarak yang telah diluluskan oleh LUAS.

d) Pemasangan meter hendaklah dibuat mengikut arah (anak panah) yang betul dan meter perlu dipateri (seal).sertaperlumemastikantiadasebaranggangguan.

e) Ujian aliran air perlu dijalankan dan memastikan tiada kesan kebocoran pada sambungan (welding & joint).

f) Pemasangan pili air selepas meter dan pemasangan injap kawalan (gate valve) sebelum meter (jikaperlu).

Borang Permohonan
  1. Senarai Semak

 

      2. Panduan Permohonan

 

      3. Borang Permohonan