Sidebar

21
Isn, Okt
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Aktiviti Pengubahan Sumber

Alat
Tipografi

Pengenalan

Aktiviti Pengubahan Sumber LUAS tertakluk di bawah Seksyen 43 Enakmen LUAS 1999 yang menerangkan tentang kuasa Pengarah terhadap zon banjir, rizab sungai, zon perlindungan, badan air dan perairan pantai.

LUAS sebagai agensi yang berperanan menjaga sumber air di negeri Selangor telah mewajibkan permohononan Kebenaran Bertulis oleh mana-mana pemaju dikemukakan dan diluluskan sebelum sesuatu projek yang berkaitan dengan sumber air dijalankan. Kebenaran  Bertulis ini amat perlu dalam menitikberatkan penjagaan alam sekitar sumber air di Negeri Selangor.

Berikut merupakan Senarai Aktiviti Pengubahan Sumber.

Peranan LUAS

Peranan Lembaga di dalam pemberian Kebenaran Bertulis adalah seperti berikut:

  1. Untuk memastikan kualiti air sungai sentiasa terpelihara;
  2. Meminimakan impak pencemaran terhadap sumber air semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan;
  3. Memudahkan Lembaga melakukan pemantauan terhadap pemaju-pemaju yang melakukan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan sumber air;
  4. Menguatkuasakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999;
  5. Memberikan kesedaran kepada pihak berkepentingan tentang peranan masing-masing dalam pemuliharaan sumber air; dan
  6. Menanam sikap tanggungjawab, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara sungai di kalangan pemaju.
Punca Kuasa

Kawalan Aktiviti Pengubahan Sumber di bawah Seksyen 43 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Peraturan-peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013 telah diwartakan di bawah Seksyen ini pada 10 Oktober 2013 dan berkuatkuasa pada 11 Oktober 2013 

Fi dan Caj

Aktiviti Pengubahan Sumber

Fi Pendaftaran = RM150 (sekali sahaja)

Fi Lesen = RM200 (setiap tahun)

Caj Aktiviti Jeti Tahunan

Perkara Jumlah Caj/Fi

a) Jeti persendirian yang digunakan untuk mengimport dan mengeksport barang-barang sendiri

RM0.20 se tan tertakluk kepada caj minima RM1,000 setahun

b) Jeti yang digunakan untuk mengimport dan mengeksport barang-barang lain (kecuali logam)

RM0.25 se tan tertakluk kepada caj minima RM1,500 setahun

c) Jeti yang digunakan mengimport dan mengeksport logam

RM0.35 se tan tertakluk kepada caj minima RM2,000 setahun

d) Jeti yang digunakan sebagai tempat untuk membina vesel

RM70.00 per vesel tertakluk kepada caj minima RM2,000 setahun

e) Jeti yang digunakan sebagai tempat untuk memperbaiki vesel

RM100.00 per vesel tertakluk kepada caj minima RM2,500 setahun

f) Jeti persendirian yang digunakan bagi maksud yang tidak dinyatakan di (a), (b), (c), (d) dan (e) di atas

a) Jeti pelancongan = RM2,200 setahun

b) Lain-lain = RM600.00 setahun

 

Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber

Panduan Permohonan Kebenaran Bertulis

  1. Pendaftaran pengguna baru di laman web elesen.luas.gov.my. Pilih Sistem Kebenaran Bertulis. Pengguna boleh merujuk Manual Pengguna Sistem Kebenaran Bertulis yang disertakan. (Nama syarikat yang didaftarkan adalah nama pemegang lesen dan disarankan syarikat pemaju sebagai pemegang lesen bagi projek bukan kerajaan)
  2. Pemohon dikehendaki log masuk ke laman web elesen.luas.gov.my setelah menerima emel pengesahan.
  3. Pemohon dikehendaki membuat permohonan baru/pembaharuan Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber.
  4. Sekiranya Permohonan Baru dan Pembaharuan Yang Lewat sila buat bayaran pendaftaran sebanyak RM150 di pejabat Lembaga.
  5. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen yang diperlukan seperti di dalam Senarai Semak kepada Lembaga dalam tempoh 7 hari.
  6. Pemohon akan menerima notifikasi melalui emel sekiranya maklumat perlu dikemaskini atau permohonan gagal.
  7. Bagi permohonan yang telah diluluskan, bayaran Fi Kebenaran Bertulis sebanyak RM200 perlu dikemukakan kepada Lembaga bagi pengeluaran Kebenaran Bertulis.

Nota : Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk tunai atau cek berpalang atas nama “LEMBAGA URUS AIR SELANGOR”.Waktu operasi pembayaran adalah seperti berikut:

Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 3.30 petang

                          1.00 petang - 2.00 petang (rehat) 

 Jumaat            : 8.30 pagi – 3.30 petang

                              12.15 tengahari - 2.45 petang (rehat)

Panduan Permohonan Kelulusan Dasar Bagi Pembinaan Jeti/Pelantar

  1. Permohonan bagi Membina/Membuat/ Mendirikan/Menyelenggara/Menggunakan Jeti ini hendaklah diisi oleh pengusaha atau pengendali mana-mana jeti di atas mana-mana rizab sungai/zon banjir/zon perlindungan/zon penampan.
  2. Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan permohonan mengikut Senarai Semak Kelulusan Dasar Jeti/Pelantar (U016-L5-005-00). Satu Borang Permohonan (U016-F4-006-00) adalah mewakili sebuah jeti.
  3. Permohonan akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Pengurusan Jeti Negeri Selangor.
  4. Sekiranya lulus, pemohon perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Bertulis bagi pembinaan jeti. Rujuk Panduan Permohonan Kebenaran Bertulis.
  5. Pemilik jeti yang diluluskan perlu mengemukakan rekod muatan setiap 3 bulan kepada Lembaga setelah jeti siap dibina. Rujuk Borang Rekod Pemantauan Muatan Barang-barang Yang Diangkut Menggunakan Jeti (U016-F4-007-00).
  6. Pemilik jeti yang diluluskan perlu membuat bayaran secara tahunan bagi menjalankan aktiviti jeti berdasarkan jadual caj aktiviti jeti.
Borang Permohonan

Borang dan Senarai Semak

U016-F4-001-00       : Borang Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber Bagi Kes Kecemasan   

* U016-L5-004-00    : Senarai Semak Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber Kerja Kecemasan

U016-F4-002-00        : Borang Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber Bagi Kerja Penyelenggaraan 

* U016-L5-005-00     : Senarai Semak Permohonan Aktiviti Pengubahan Sumber Kerja Penyelenggaraan

U016-F4-003-00        : Borang Memulakan Aktiviti Pengubahan Sumber

U016-F4-004-00        : Borang Tamat Aktiviti Pengubahan Sumber

U016-F4-005-00        : Borang Serahan Pelan Terukur

U016-F4-006-00        : Borang Permohonan bagi Membina/Membuat/Mendirikan/Menyelenggara/ Menggunakan Jeti     

* U016-L5-005-00     : Senarai Semak Kelulusan Dasar Jeti/Pelantar

U016-F4-007-00        : Borang Rekod Pemantauan Muatan Barang-barang Yang Diangkut Menggunakan Jeti

U016-L5-001(1)-00    : Senarai Semak Aktiviti Pengorekan   

    Aktiviti yang terlibat :

  • Pengorekan Pasir Sungai
  • Pengorekan Pasir Lombong
  • Pengorekan Pasir Laut
  • Pengorekan Tanah
  • Pengorekan Lumpur
  • Pengeluaran Bijih
  • Mendalamkan Muka Sauk   

U016-L5-001(2)-00    : Senarai Semak Aktiviti Lintasan

      Aktiviti yang terlibat :

  • Pemasangan Paip (atas sungai) Air/Utiliti/Gas
  • Pemasagan Paip (dasar sungai) Air/Utiliti/Gas
  • Pemasangan Pembetung
  • Pemasangan Kotak pembetung
  • Pembinaan Jambatan Kekal
  • Pembinaan Jambatan Sementara

U016-L5-001(3)-00    : Senarai Semak Aktiviti Pembangunan                                                                                                   

     Aktiviti yang terlibat :

  • Kerja Tanah/Penyediaan Tapak
  • Pembinaan Bangunan
  • Pembinaan Jalan/Lebuhraya
  • Pembinaan Landasan
  • Pembinaan Saliran
  • Pembinaan Kolam

U016-L5-001(4)-00    : Senarai Semak Aktiviti Menaiktaraf, Penyelenggaraan dan Pengubahsuaian Sumber Air

      Aktiviti yang terlibat :

  • Penjajaran Sungai
  • Pelencongan Sungai
  • Pembinaan Benteng Hakisan
  • Baik Pulih Tebing Sungai
  • Pemecah Ombak
  • Projek Tebatan Banjir
  • Penambakan Kolam
  • Penambakan Pantai
  • Pembinaan Muka Sauk
  • Pengerukan Lumpur/Kelodak
  • Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan empangan
  • Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan ‘weir’
  • Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan ‘inlet’ dan ‘outlet’
  • Pembinaan, pembinaan semula, pengubahsuaian atau pemindahan log boom

 U016-L5-001(5)-00    : Senarai Semak Aktiviti Pembinaan Jeti/Pelantar

       Aktiviti yang terlibat :

  • Pembinaan Jeti/Pelantar


Warning: session_write_close(): write failed: No space left on device (28) in /var/www/html/v3/libraries/joomla/session/handler/native.php on line 192

Warning: session_write_close(): Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session) in /var/www/html/v3/libraries/joomla/session/handler/native.php on line 192