Sidebar

21
Isn, Okt
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Navigasi Jalan Air Pedalaman

Alat
Tipografi

Pengenalan

Navigasi Jalan Air Pedalaman merupakan aktiviti pelayaran vesel-vesel yang membawa barang atau penumpang di atas badan air seperti tasik, tanah perairan, terusan atau sungai yang berada di luar kawasan had pelabuhan dan pemilik vesel dikehendaki mendaftarkan vesel dengan LUAS.

Peranan LUAS

Peranan Lembaga dalam mengawal badan air melalui lesen untuk vesel adalah seperti berikut:

a) Penambahbaikan sistem trafik di mana-mana jalan air pedalaman bagi mengelakkan pelanggaran vesel;

b) Mengenalpasti dan menyediakan tapak berlabuh untuk vesel di mana-mana jalan air pedalaman;

c) Mengawal pengangkutan barang dan penumpang oleh vesel;

d) Mengawalselia operasi vesel dan mengawal pencemaran sumber air;

e) Menyumbang pendapatan kepada negeri.

  

 

Punca Kuasa

Kawalan Navigasi Jalan Air Pedalaman di badan air Negeri Selangor dikawalselia berdasarkan Seksyen 96 dan 97 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

Peraturan telah diwartakan pada 19 April 2012 dan berkuatkuasa pada 20 April 2012Selangor 1999.

Hebahan akhbar telah dibuat pada 10 Jun 2012 di akhbar Berita Minggu dan New Sunday Times untuk memaklumkan pewartaan dan kehendak Peraturan.

Fi dan Caj
Tempoh Lesen                   Setahun                     
 Bayaran dikenakan  Fi Pendaftaran RM150.00 (sekali sahaja)
Fi Vesel RM150.00 (sekali sahaja)
 Fi Lesen Mengikut Kelas   Kelas I – 0-500 ton  RM 500
 Kelas II – 501-1000 ton  RM 1,000
 Kelas III – 1001-2000 ton   RM 2,000
 Kelas IV – 2001-3000 ton  RM 3,000
 Kelas V – 3001-4000 ton  RM 4,000
 Kelas IV – 4001-5000 ton  RM 5,000 
Permohonan Navigasi Jalan Air Pedalaman

Permohonan Vesel dan Lesen Navigasi Jalan Air Pedalaman

1. Borang permohonan pendaftaran vesel dan dan lesen Navigasi Jalan Air Pedalaman No. Borang : U014-F4-001-00

2. Bayaran yuran pendaftaran bagi pendaftaran baru RM150

3. Pemohon perlu menyertakan salinan berikut : 

    a) Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat

    b) Salinan Sijil pendaftaran Perkapalan/Vesel

    c) Salinan surat ulasan daripada jabatan/agensi jika ada

    d) Salinan Surat Kebenaran membawa muatan dari Jabatan Laut

    e) Salinan Polisi Insurans/tempoh sah tidak kurang 3 bulan

    f) Master-Salinan Lesen Mengemudi

    g) Jenis muatan yang diluluskan iaitu barang atau penumpang

Borang Permohonan


Warning: session_write_close(): write failed: No space left on device (28) in /var/www/html/v3/libraries/joomla/session/handler/native.php on line 192

Warning: session_write_close(): Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session) in /var/www/html/v3/libraries/joomla/session/handler/native.php on line 192