Sidebar

22
Ahd, Sep
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Pelencongan Air bagi Penjanaan Elekrik

Alat
Tipografi

Pengenalan

Navigasi jalan air pedalaman merupakan aktiviti pelayaran vesel-vesel yang membawa barang atau penumpang di atas badan air seperti tasik, tanah perairan, terusan atau sungai yang berada di luar kawasan pelabuhan dan pemilik vesel dikehendaki mendaftarkan vesel dengan LUAS.

Peranan LUAS

Berdasarkan peruntukan dalam seksyen 42(1) Enakmen LUAS 1999, bahawa tiada seorang pun atau pihak berkuasa awam boleh, kecuali di bawah dan menurut terma-terma suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 59, melalui longkang, saliran, saluran, paip atau lain-lain cara melencongkan air mana-mana sungai daripada alur semulajadinya.

Selaras dengan itu, pihak pemaju dikehendaki memohon lesen untuk melencongkan air daripada sesuatu sungai bagi kegunaan penjanaan elektrik daripada pihak Lembaga dengan mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan Seksyen 42(3) dan Seksyen 59(e) Enakmen LUAS 1999 serta Peraturan – Peraturan Pelencongan Air Bagi Penjanaan Elektrik (Selangor) 2014.

Di samping itu, seksyen 44(1) Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 memberikan kuasa perundangan kepada Lembaga untuk mengenakan caj ke atas penggunaan, abstraksi, pengeluaran, pembuangan, penyaliran, pelencongan dan pengepongan air atau sumber lain dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

 

a)      Penambahbaikan sistem trafik di mana-mana jalan air pedalaman bagi mengelakkan perlanggaran vesel;

(b)        Mengenalpasti dan menyediakan tapak berlabuh untuk vesel di  mana-mana jalan air pedalaman;

(c)        Mengawal pengangkutan barang dan penumpang oleh vesel;

(d)        Mengawalselia operasi vessel dan mengawal pencemaran sumber air.

(e)        Menyumbang pendapatan kepada Negeri.

Punca Kuasa

Peraturan telah diwartakan pada 19 April 2012 dan berkuatkuasa pada 20 April 2012 di bawah seksyen 96 dan 97 Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

Hebahan akhbar telah dibuat pada 10 Jun 2012 di akhbar Berita Minggu dan New Sunday Times untuk memaklumkan pewartaan dan kehendak Peraturan.

Fi dan Caj
Tempoh Lesen                   Setahun                     
 Bayaran dikenakan  Fi Pendaftaran RM150.00 (sekali sahaja)
Fi Vesel RM150.00 (sekali sahaja)
 Fi Lesen Mengikut Kelas   Kelas I – 0-500 ton  RM 500
 Kelas II – 501-1000 ton  RM 1,000
 Kelas III – 1001-2000 ton   RM 2,000
 Kelas IV – 2001-3000 ton  RM 3,000
 Kelas V – 3001-4000 ton  RM 4,000
 Kelas IV – 4001-5000 ton  RM 5,000  

Permohonan Lesen Pelencongan Air Bagi Penjanaan Elektrik

Permohonan Pendaftaran Vesel Dan Lesen menggunakan borang “LUAS  NPL 1/2012”  yang boleh dimuat-turun melalui sesawang LUAS.

Borang Permohonan

Borang “LUAS NPL 1/2012”