Sidebar

21
Rab, Ogs
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

Fungsi

Alat
Tipografi

LUAS diperkasakan dengan perundangan dan penguatkuasaan berdasarkan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999. Tujuh belas (17) fungsi utama LUAS yang diperuntukkan di dalam Seksyen 6(1) enakmen tersebut adalah :-

  • Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar-dasar, cara-cara dan langkah-langkah yang hendak diambil untuk menjaga, memelihara dan memudahkan pembangunan mapan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air efisyen bagi maksud awam,
  • Membangun, melaksana dan menggalakkan projek infrastruktur untuk tujuan pelbagai fungsi,
  • Mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan di dalam negeri,
  • Membangun dan melaksanakan panduan standard, prestasi cara-cara dan tatacara-tatacara berhubungan dengan pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air,
  • Menyelaras perhubungan pelbagai agensi dakam negeri dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi,
  • Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang di arah oleh Pihak Berkuasa Negeri,
  • Mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisyen, pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air dan sumber-sumber di dalamnya,
  • Menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubung dengan fungsi LUAS,
  • Menasihati Pihak Berkuasa Negeri berhubungan dengan pengisytiharan kawasan yang ditetapkan dan dilindungi serta merumus dan melaksanakan pelan pembangunan dan pelan pengurusan untuk kawasan-kawasan itu,
  • Menjaga kepentingan negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaandan pemuliharaan sumber-sumber air,
  • Mengurus dan mengawal pemasangan, pengendalian, dan penyelenggaraan tempat-tempat dan peralatan kepunyaan LUAS,
  • Menjaga kepentingan pengguna-pengguna air berhubungan dengan jumlah, kualiti dan harga yang hendak dikenakan untuk bekalan air,
  • Menggalakkan penubuhan pertubuhan pemegang kepentingan untuk LUAS dalam pembangunan dan pemuliharaan sumber-sumber air,
  • Memberikan lesen atas syarat-syarat yang dianggap wajar oleh LUAS kepada mana-mana pihak berkuasa awam atau orang bagi mengusahakan sebarang kegiatan yang berhubungan dengan sumber-sumber air dan untuk mengawalselia pemegang-pemegang lesen serta aktiviti-aktiviti mereka,
  • Menswastakan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, mana-mana pengusahaannya mengikut peruntukan Enakmen LUAS 1999,
  • Menyiasat sebarang kejadian, kesalahan atau kemalangan yang berlaku di atas atau berhubungan dengan suatu sumber air, dan
  • Membuat apa-apa benda lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi-fungsinya dengan berkesan atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.