Sidebar

18
Sel, Jun
As soon as you open an account Bet365 will send you a 10 digit Offer Code via email. Receive Your £200 bet365 Welcome Promo Bonus plus £50 Mobile Promo

PERUTUSAN PENGARAH

Alat
Tipografi
PERUTUSAN

 

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin-Nya, Lembaga dapat meneruskan usaha dan berpeluang untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir ke arah kemajuan dan pembangunan yang cemerlang termasuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan rakyat.

Selamat datang saya ucapkan ke laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Semoga laman ini dapat membantu memberikan informasi yang bermanfaat dan berguna berkaitan dengan pengurusan dan perkhidmatan Lembaga khususnya. Diharapkan laman sesawang ini boleh dijadikan sebagai sumber awam bagi mendapatkan input dan maklumat terkini berkaitan Lembaga.

Lembaga terus komited serta beriltizam dalam memelihara dan memulihara sumber air negeri supaya sentiasa berada di dalam keadaan mampan selaras dengan pembangunan dan kemajuan Negeri Selangor melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan secara komprehensif, sistematik, dan inovatif. Justeru, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan oleh pihak Lembaga untuk meningkatkan dan memperkasakan pengurusan sumber air negeri.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga Lembaga yang telah memberikan komitmen yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan sehingga ke peringkat ini. Saya juga menyeru kepada semua warga Lembaga agar berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mempertingkatkan produktiviti Lembaga bagi mencapai visi dan misi Lembaga.

 

 Sekian, terima kasih.

"AIR UNTUK SEMUA"

DATO' IR. HASHIM BIN OSMAN

PENGARAH LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)