Loader
Print

IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR DISEMBER 2022 (PSH)

IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR DISEMBER 2022 (PSH)

IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR DISEMBER 2022 PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti dalam iklan sepert berikut (rujuk IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA URUS AIR SELANGOR). Setiap permohonan hendaklah menggunakan  borang jawatan kosong pekerja sambilan harian  yang disediakan. Permohonan hendaklah dihantar kepada: PENGARAHLEMBAGA URUS AIR SELANGOR,TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.(U/P ; UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI) atau hantar melalui emel di alamat; hrgroupsluas@luasdotgovdotmy   Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 12 Disember 2022 (Isnin).(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri atas sampul surat).     ::MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG LUAS DISEMBER 2022:: ::BORANG JAWATAN KOSONG PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)::

PlusBaca Lagi

SELANGOR INTERNATIONAL BOOK FAIR (SIBF) 2022

SELANGOR INTERNATIONAL BOOK FAIR (SIBF) 2022

PlusBaca Lagi

BAYARAN KINI LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY!

BAYARAN KINI LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY!

PlusBaca Lagi

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020

PEMAKLUMAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (PELESENAN) (PINDAAN) 2020   Adalah dimaklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah meluluskan pindaan di dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Urus Air Selangor (Pelesenan) (Pindaan) 2020. Pindaan kepada peraturan-peraturan adalah kepada Peraturan 8(6) iaitu ‘jika suatu permohonan bagi pembaharuan dibuat selepas habis tempoh lesen, Pengarah boleh enggan memperbaharui lesen atau boleh memperbaharui tertakluk kepada pengenaan fi lewat tidak melebihi sepuluh ringgit bagi setiap hari kelewatan’. Perhatian dan kerjasama semua pihak terutama kepada pemegang lesen dan kebenaran bertulis daripada LUAS berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

PlusBaca Lagi
LUAS Dataset
About LUAS
About LUAS

TENTANG LUAS

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana. Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

PlusBaca Lagi

PERKHIDMATAN LUAS

BERITA

LUAS

HARI BERTEMU PELANGGAN LUAS 2022

Siri Jelajah Selangor Penyayang pada kali ini, LUAS berpeluang terlibat sebagai pempamer sekaligus mengadakan Hari Bertemu Pelanggan LUAS bagi tahun 2022 yang mana bertujuan bagi menarik pengunjung untuk lebih mengenali dan berurusan dengan LUAS. Siri Jelajah Selangor Penyayang ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 29 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022 yang bertempat di Kip Sentral, Kota Warisan, Sepang yang bertemakan ‘Kehidupan Bermartabat’.  YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor turut berkesempatan melawat reruai LUAS pada hari terakhir Jelajah Selangor yang telah disambut oleh Pengarah LUAS Ybrs. Ts. Tuan Haji Hasrolnizam Bin Shaari dan kakitangan LUAS serta maskot rasmi LUAS ‘Sumaita’ (Sumber Air Kita).  Tidak lupa juga, ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pengunjung-pengunjung khususnya warga Sepang yang sudi meluangkan masa hadir ke reruai LUAS. Di harap pengunjung mendapat manfaat serta infomasi berguna mengenai LUAS. Jumpa lagi di siri Jelajah Selangor Penyayang pada edisi lain!      

Loader

MAKLUM BALAS

PENSIJILAN

SIRIMCERTIFIED TO MS ISO 9001:2015CERT. NO. : QMS 02863
SIRIMCERTIFIED TO MS 1900:2014CERT. NO. : QMS-i 00125
SAMMSkim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) for testing and/or calibration laboratorySAMM 916

TENDER & SEBUT HARGA

Tiada sebutharga/tender terkini

PERKHIDMATAN DALAM TALIAN

Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service
Online Service

FOLLOW US

FacebookFollow us on Facebook
TwitterFollow us on Twitter
YoutubeFollow us on Youtube
RSSFollow our RSS Feed
InstagramFollow us on Instagram